Ahad, 1 Jun 2014

AYO..YO.. KADAWALE

AYO..YO KADAWALE

Ayo..yo kadawale, tarak boleh ka? ini macam kalu sudah melepas lah itu banyak syok punya projek...tarak kalu ini malam banyak cepat black-out, apa cerita tarak dengar..bunyi itu cut..cak..cut..cak blup..blak blup..blak ayo..apa ayo..ama..

MALANGNYA NASIB PENGANTIN TAK JADI
Petaling Jaya - Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, disini pagi tadi.

Tinjauan wartawan arian Metro ke lokasi di Jalan SS 1/5 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.

Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberi kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang di percayai beragama Islam di jangka di alnsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa di batalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

"Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan di lansungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah di jalankan," lapor Harian-Metro