Kemalangan Bas ekspres

Kemalangan Bas Ekspres
Kejadian terbaru, sebua bas ekspres dua tingkat terjunam kedalam sebuah gaung sedalam 10 meter di Kilometer 70 Jalan Kuantan. Segamat berhampiran simpang Felda Chini
Pemeriksaan ketat pihak berkuasa terhadap perkhidmatan bas ekspres dan persiaran akan ditingkatkan berikutan kerapnya kes kemalangan jalan raya melibatkan bas sejak kebelakangan ini, kata Timbalan Menteri Pengangkuta , Datuk Ab Aziz Kapawi.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan pemeriksaan secara rawak terhadap bas ekspres dan persiaran diterminal bas serta menempatkan pegawai penguatkuasa rondaan dikawasan yang kerap berlaku kemalangan.

"Kementerian akan mengadakan satu mesyuarat bersama dengan semua agensi terlibat esok bagi membincangkan tindakan penguatkusaan lanjut yang akan diambil". katanya.

Beliau berkata agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dan lain agensi yang akan berbincang bagi menentukan langkah yang boleh diambil untuk mengelak perkara yang lebih teruk terjadi. Menurutnya, langka untuk mengekang bas ekspres perlu disegerakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan