Brunei mula menguatkuasakan undang-undang hudud pada Khamis dan perlaksanaannya dibuat secara berperingkat. |
Di bawah perlaksanaan hudud, mereka berugama islam akan dikenakan hukuman sekiranya engkar dan melanggar ajaran agama. Misalnya, bagi mereka yang mengandung diluar nikah, tidak menunaikan solat Jumaat dan menyebarkan ajaran agama lain akan berdepan dengan hukuman penjara.
Fasa kedua perlaksanaannya akan dibuat dalam tempoh 12 bulan akan datang yang mencukupi undang-undang lebih tegas ke atas peslah syarak.
Dibawah fasa berkenaan, orang islam yang didapati bersalah kerana mencuri dan m inum arak akan berdepan hukuman potong tangan dan sebatan.
Hukuman mati, termasuk direjam dengan batu akan dibuat pada fasa akhir perlaksanaannya, dimana penzina, mereka yang melakukan liwat dan menghina al-Quran akan berdepan denganhukuman itu jika sabit keslahan. Sebahagian besar undang-undang berkenaan turut berkuatkuasa keatas orang islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan